只要你相信我 , 我不会让你一个人

Tuesday 27 September 2011

missing somebody


            Luky ingat lagi masa mula-mula kami jumpa. Pantang jumpa mesti nak bercekau. Sampaikan member2 yang lain malas nak layan. Hmm…. Pada mulanya saya ingatkan awaklah yang paling teruk yang pernah saya jumpa sebelum ni. Dah tu, awak suka rampas ais cream saya! Dan awak suka bagi saya naik darah!
            Hehee…. tapi bila dah lama tu, saya baru perasan yang sebenarnya awak baik dan sangat memahami. Buktinya, masa saya berselisih faham dengan arwah member dulu, dia sungguh2 nak damaikan kitorang. Tambahan, masa saya menyepikan diri dari member2, dia sorang yang still nak temankan saya. Start situ, kami mula berkawan rapat. Form 4 dan Form 5 just habis kredit kat dia je lebih.  On call dengan dia dah macam makan ubat, 4 kali sehari (pagi,tengahari,petang dan malam).. Selain tu, kami berkongsi pandangan, cerita, hobi dan yang paling best sekali recipi.  Ahahaa! Recipi yang ngarut2 je kami buat. Banyak sangat persamaan antara kami berdua.

            Semakin lama persahabatan kami semakin rapat, sampaikan member2 dengan family dia ingatkan kami couple? Dulu kami pernahlah couple sekejab tapi tak ada feels apa2 pun. Sebab dalam hati dia ada orang lain. Macam tu juga dengan saya. Cuma bezanya, dia keliru dengan perasaannya sendiri. Walaubagaimana pun, akhirnya dia sedar juga siapa yang ada dalam hatinya itu. Tapi sekarang ni dia sakit. Dah setengah tahun dia koma. Luky berharap sangat supaya dai bangun dari tidur panjang dia tu. Luky nak dia tahu bahawa dia antara best friend yang Luky ada. Tak kiralah berapa lama sekali pun, Luky tetap akan tunggu sampai dia sembuh.