只要你相信我 , 我不会让你一个人

Wednesday, 2 May 2012

my sweet moment


Akhirnya kakak ipar Bff luky semalam melahirkan 3 orang putera. Wow! Baru first time mengandung dapat 3 terus big baby? tak padan dengan badan kecil!
Baby pertama lahir tepat kul 12:40 am. Kedua, kul 1:15 am. Last, kul 2:00 am.
tiga2 disambut oleh pak saudaranya sendiri yang merupakan BFF saya. (Almaklum.. Bapa baby tu dah pengsan dulu kat rumah. Haish!!)
CAM MANA LUKY BOLEH TAHU SEMUA NI EK?
Cerita dia macam ni, masa tu BFF luky tu call dan tanya  
“kenapa kak ipar dia keluar air yang sangat banyak? Nak buat macam mana ni?”
Mulanya Luky tak tahu apa-apa tapi lepas mama luky masuk campur, barulah kitorang tahu rupanya itu tanda2 orang nak beranak.
Bff luky tu dah comfirm2 kelam-kabut kat sana sampai2 salah jalan.
Belum sempat sampai kat hospital, kak ipar dia pun terberanak dalam kereta.  Bff luky sempat pegang baby tu. Hmm. nak tak nak terpaksa dia jadi bidan kat situ juga. Nasib baik ada orang lau kat situ. Dan Subahanallah! Nasib baiklah bini pak cik tu bidan. Tak tahulahlah situasi sebenar macam mana kat sana?
Akhirnya tiga2 baby tu selamat dilahirkan kat situ. Tapi yang luky tahu kak ipar dia senang nak beranak.
Sepanjang pagi2 buta tu, Bff Luky tak habis2 call luky. Dah tengah sibuk2 jadi bidan pun masih ingat nak call orang lagi. (Habislah bluetooth ngan phone ko ada kesan darah.) Dan luky lak, memang tak boleh nak lelap mata lah! Bukan apa, risau giler time tu. Bff luky tu dah pantang tengok darah! Luky memang takut giler time tu.
lepas settle je semua, anak beranak tu pun selamat dibawa ke hospital. Kami berdua pun on call sampai kul 5 lebih. sambil2 tu, kami boraklah pasal nama2 untuk anak buah dia. Eh! kitorang lak yang excited! Hee..
Moment yang paling best sekali bila kak ipar dengan abang dia benarkan kitorang yang bagi nama kat baby2 tu. Cam mimpi lak!
Meh ikut turutan :
1.       Muhammad Ridzuwan Afiq
2.      Muhammad Ridzuwan Rafiq
3.      Muhammadd Ridzuwan Shafiq
     
By the way, selama 5tahun kami jadi Bff. Luky baru sedar sesuatu tentang dia. Walaupun dia sangat playful dan agak kasanova tapi dia sangat bertanggungjawab dan matang orangnya.
“saya bangga dapat jadi Bff awak!"
EH KEJAB2! APA YANG DAH JADI DENGAN SI BAPA EH?
ALHAMDULILLAH, khabarnya dia dah kembali waras dan menguruskan apa yang patut.
No more muntah2… No more ngidam2… And no more pengsan2… Bagus2!

Seronok giler dapat lalu semua ni terutamanya BFF luky tu.
So BFF luky faham macam mana seorang ibu berjuang untuk melahirkan cahaya matanya.
Dan Luky pun bolehlah bayangkan perasaan seorang bapa sepanjang  menunggu khabar daripada kedua-dua kesayangannya.