只要你相信我 , 我不会让你一个人

Friday, 17 August 2012

my late bff


Beberapa hari lagi, genaplah sebulan umat berpuasa. Dan genap jugalah arwah kawan baik luky pergi. Semoga dia sentiasa tenang di sana. Baru dapat contact dia balik after hampir setahun dia koma kat NY. Rasa macam mimpi lak. Sekejap giler!
Mohd Syai’ful Khairi Rizz,, you’re the best that I ever had before.
Dia nakal tapi pada masa yang sama dia baik sangat.
Dia kelakar n giler2 je perangai tapi kadang2 dia serius gak orangnye.
Dia agak kebudak-budakkan tapi ada masa tu dia mature juga orangnya.
Dan yang paling penting even dia social tapi cara dia treat luky sangat2 baik dan menyenangkan. Dia tahu je macam adjust mood luky. And tak kira pape jadi, dia sentiasa percayakan luky. Itu yang buatkan luky still sayangkan dia (AS A BEST FRIEND K). Plus sepanjang 6tahun kitorang berkawan, tak pernah ada masalah. Yeah! Ada je yang cuba mencucuk tapi apa yang kitorang percaya adalah saling mempercayai antara satu sama lain. Alah! Dalam mana2 perhubungan pun kepercayaan tu penting. Kalau goyahlah salah sorang, COMFIRM ad je masalah.
Hmm,,,,,, rindu giler masa kitorang sama2 dulu.
Dari bergaduh 24jam k berdamai n oncall (kalau boleh nak 24jam juga). Lepas tu, sharing story morry n hobbies. Yang paling best masa form 5, 24/7 on call. even jarak antara kitorang jauh tapi boleh lak tu wat study sama. Masing2 dah set beli buku rujukan yang sama, buat ulangkaji subject sama2, topup sama2, set waktu makan tidur yang sama DAN kerja khusus pendidikan seni sama2. (yang pelik uw arwah mummy dia tak marah lak tu. Menggalakkan lagi ada. Sampai2 ada masa tu dia lupa nak call luky, boleh kena marah dengan mums dia. Ahahahaa!! )
After dia tamatkan program matrikulasi kat kedah, dia selalu arrive Melaka, teman mums dia uruskan butik kat sini. Start situlah luky selalu jumpa dia dengan mums dia. Kadang2 diorang datang kat uitm. Kadang2 jumpa kat luar. Hihh!
Bila dia sambung belajar kat NY, kitorang selalu chat.. skype sampai ttido2.. on call,, seminggu 2kali je. Tu pun sekejap.. Rindu giler kowt!
Tapi masa tak boleh putar balik, apa yang termampu cuma mengenang dan mendoakan dia di atas sana. Ejoy, yang saya nak cakap dekat awak masa raya tahun depan family.. Awak paling2 baik yang saya pernah jumpa! Saya suka dan selesa sangat2 berkawan dengan awak! Tak tahu kenapa? Saya rasa awak berbeza dengan yang lain2. And I should give you a chance for us.

Selamanya awak akan menjadi kenangan yang terindah buat saya.
24 red and white roses for you.