只要你相信我 , 我不会让你一个人

Wednesday 19 October 2011

Seronok sangat!!!!


Wednesday 12 October 2011

Think About it


            Biasanya kita akan menyalahkan orang lain atas kesakitan yang kita alami. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa ianya mungkin disebabkan kesilapan kita sendiri.
            Dulu pernah ada seorang sahabat yang sangat baik. Tapi sayang.. Persahabatan yang dihulurkan itu langsung tak dihargai sama sekali. Namun begitu, dia tetap bersabar malahan dia sudi menyelamatkan sahabatnya itu dari suatu kemalangan. Huh!!!! Bodohnya sahabatnya tu!
Akibat daripada kemalangan tu, dia mengalami pendarahan dalaman kat bahagian otaknya. Ditambah dengan penyakit barah otaknya lagi, doktor sendiri pun tak dapat nak tolong.
            Sebelum dia pergi, dia sempat berkata kepada sahabatnya itu “Aku sentiasa memaafkan kau termasuk semua orang di sekeliling aku. Tapi ingat, jangan biarkan pisang berbuah 2 kali. Dan jangan sesekali menghukum orang atas kesalahan yang tak dilakukannya.” Hurm…, padan muka budak tu! Terkilan…… Tapi pelik, dia masih je ulang kesalahan dia tu. Dan bila dia tersungkur teruk, barulah dia sedar diri. Hmm…, bila difikr balik sebenarnya manusia jadi tamak bukan kerana harta je tapi kerana dendam pun ada. Teruk betul!

Monday 3 October 2011

Trust


           Itulah yang kami pegang di sepanjang persahabatan kami selama 4 tahun ni. Member selalu kata “persahabatan yang sejati tu susah sangat nak dapat. Tapi kalau dah dapat tu, jagalah elok2.” Bukanlah nak bajet diri sendiri bagus sangat. Walaupun jarak antara kami sangat jauh tapi kami tetap ok. Adalah juga yang cuba rosakkan persahabatan kami tapi diorang cuma buang masa je. Yang ada kami semakin rapat adalah.
            Sebenarnya dalam apa jua bentuk perhubungan memang memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. Apalah! Macam bodoh je bila kita selalu cari kelemahan dalam sesebuah perhubungan. Dan lagi satu, kenapalah nak uji seseorang tu sedangkan dia dah tahu apa jawapannya? Kalau memang orang tu tak jujur tak apalah tapi kalau sebaliknya? Kan dah menyesal! Dulu Luky pun pernah juga buat kesalahan yang sama tapi tak adalah sampai nak ulang berkali-kali.