只要你相信我 , 我不会让你一个人

Saturday, 28 April 2012

always in my heart! my friend


24th april, genaplah umur luky 20 tahun. Dan kalau tambah lagi seminggu dah tarikh tu genaplah 3 tahun kawan baik luky Muhammad Hazrul Hafiz kembali ke pangkuan illahi.
Semoga dia sentiasa tenang di sisiNYA selalu.
            Masa dia dah pergi tu, luky rasa down gila. yalah masa orang tu ada, luky tak puas2 nak sakitkan hati dia. ada je benda tak kena pasal dia. Tapi dia sikit pun tak melenting! malahan dia masih nak selamatkan luky dari banyak perkara.
luky ingat lagi last dia selamatkan luky dari kena langgar motor. Dan disebabkan tu juga dia meninggal dunia selain daripada penyakit yang sedia ada (barah otak)
            selang setahun tu, luky dapat tawaran sambung belajar dan kebetulan luky dapat pulak ambil course yang dia minat (luky pun minatlah jugak walaupun agak menyusahkan sikit. heheeee) tak tahulah kenapa masuk department tu, luky jumpa ramai orang yang berhati cekal macam dia. kuat… tabah walaupun sebenarnya ada suatu beban besar di sebalik kecekalan dan ketabahan mereka. Mereka betul2 mengingatkan Luky kepada dia.
            Tapi apa-apa pun just tiga perkara yang luky nak dia tahu setiap kali menjelangya birthday luky ;
1st. thanks sebab awak sangat2 baik dengan saya.
2nd. sorry sebab saya selalu salah anggap terhadap awak.
3rd. once again thanks sebab awak kenalkan saya dengan seorang lagi kawan yang baik buat saya.

Muhammad Hazrul Hafiz,
24 kuntum ros putih sebagai tanda persahabatan sejati yang pernah awak hulurkan kepada saya suatu ketika dahulu.
                                                Awak sentiasa dalam ingatan saya.

No comments:

Post a Comment